Tarikh : 11 Julai 2024

Masa : 10.00 AM - 11.00 AM

Golongan : Belia

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Objektif kursus ini adalah membantu pelajar menyelesaikan masalah menggunakan traksaksi wang keluar masuk menerusi atas talian. Menggalakkan pelajar mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Memudahkan pelanggan untuk mengakses perkhidmatan perbankan dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa tanpa perlu mengunjungi cawangan fizikal. Ini membantu dalam meningkatkan fleksibiliti dan menjimatkan masa.

- AKTIVITI -

Pelajar diberikan pendedahan menggunakan aplikasi BSN. Menyediakan ruangan pembelajaran yang selesa.

Meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan antara muka yang mesra pengguna, sokongan pelanggan yang pantas, dan pelbagai fungsi yang memudahkan pengurusan kewangan.

Gambar Disini

Tarikh : 08 Julai 2024

Masa : 2.00 PM - 3.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Rendah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Objektif kursus ini adalah mengajar pelajar fahami bahasa inggeris dengan mencapai target minimal 50 kata baru melalui aplikasi FunEasyLearn. Fokus pada kata-kata sering digunakan dalam situasi harian untuk meningkatkan kemampuan berbicara dan memahami bahasa inggeris secara praktis.

Menggalakkan pelajar mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Melalukan latihan khusus yang mengfokuskan pada aturan tata bahasa dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di aplikasi FunEasyLearn.

Menyediakan ruang belajar yang selesa dan lengkap.

Memberi kelebihan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang. 

Gambar Disini

Tarikh : 06 Julai 2024

Masa : 3.00 PM - 5.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Memberikan penjelasan tentang matlamat dan manfaat program Nilam, serta bagaimana pelajar boleh menyertai dan memanfaatkan program tersebut.

Mengajar pelajar cara untuk merekodkan buku yang telah dibaca dan mengira mata atau kredit yang diperoleh.

Membantu pelajar memilih buku yang sesuai dan menarik minat mereka, serta memberi galakan untuk membaca secara konsisten.

- AKTIVITI -

Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat membaca secara sosial dengan cara yang menyeronokkan, sambil memudahkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan mereka tentang buku yang dibaca. Ini juga membantu dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan berfikir kritis.

Menggunakan NADI untuk membantu pelajar memahami bagaimana menggunakan teknologi secara etika dan bertanggungjawab.. 

Gambar Disini

Tarikh : 06 Julai 2024

Masa : 5.00 PM - 6.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Membimbing pengguna belajar menerusi kaedah E-Pembelajaran yang menempatkan sesi menjawab kuiz dan soalan.

Memberi kaedah pembelajaran yang sistematik dan teratur berserta bahan yang menyeronokkan.

Mengalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Pelajar dapat fahami pelbagai kaedah dan cara dalam menggunakan internet untuk mencari halaman yang menyediakan Kuiz secara atas talian.

Memberi kelebihan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh : 02 Julai 2024

Masa : 2.30 PM - 3.30 PM

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

YBhg. Encik Mohd Azlan Bin Helmi membincangkan tentang masalah-masalah yang sering dihadapi oleh usahawan dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Petugas memberikan taklimat yang komprehensif mengenai kelas atau program yang telah dijalankan, dan kisah-kisah kejayaan usahawan. Selain itu, petugas juga menjelaskan dengan terperinci tentang rancangan-rancangan akan datang untuk dilaksanakan di NADI.

- AKTIVITI -

YBhg. Encik Mohd Azlan Bin Helmi berharap lebih ramai usahawan dapat dilahirkan melalui latihan keusahawanan yang diadakan di NADI khususnya menggalakkan usahawan untuk menggunakan platform digital dalam pernigaan mereka. 

Gambar Disini