Tarikh : 14 September 2024

 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Tghari

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Mengajar pelajar teknik asas untuk mengedit gambar. Menguasai alat-alat penting dalam Photoshop.

Menggalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg.Gajah.

- AKTIVITI -

Memberi latihan kpada pelajar tentang langkah demi langkah untuk mengedit gambar, seperti memotong, memanipulasi warna, dan mengubah saiz.

Membolehkan peserta mencipta projek kreatif menggunakan kemahiran yang dipelajari, seperti pembuatan poster, kad ucapan, atau gambar digital lain.

Gambar Disini

Tarikh : 03 September 2024

 Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Pelajar akan belajar bagaimana membina struktur buku skrap yang baik, termasuk elemen-elemen penting seperti menggunakan tabel, gambar dan penulisan yang betul.

Petugas membimbing cara mengurus dan menyusun kandungan dengan menggunakan senarai, jadual, dan bahagian (sections).

Menggalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Menggunakan Microsoft Office Word, dengan memfokuskan kepada bimbingan oleh petugas NADI terhadap portfolio yang telah sedia ada dari sekolah.

Pelajar diajar cara menggunakan gaya (styles) dan tema (themes) untuk memberikan konsistensi dan profesionalisme pada portfolio mereka.

Memberi kelebihan kepada pengguna untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh : 03 September 2024

 Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Golongan : OKU

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang asas asas dalam pengambilan gambar produk termasuk pencahayaan, komposisi, dan penggunaan alat bantu fotografi.

Pelajar dapat mempelajari cara menggunakan kamera, lensa, dan aksesori fotografi seperti tripod dan reflektor dengan betul untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

Pelajar dapat mempelajari teknik pencahayaan yang berkesan untuk menghasilkan gambar produk yang jelas dan menarik, termasuk pencahayaan semula jadi dan buatan.

Mendorong pelajar untuk memanfaatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Ekonomi Digital Kg. Gajah.

- AKTIVITI -

Mengambil gambar produk dengan bantuan props, latar belakang, dan pelbagai jenis pencahayaan.

Menyusun produk dalam pelbagai komposisi untuk menilai kesan visualnya.

Gambar Disini

Tarikh : 03 September 2024

 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Golongan : OKU

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Objektif kursus ini adalah mengajar pelajar menggunakan Canva bagi tujuan membuat poster memrpmosikan produk dan mengenali fitur serta fungsi yang terdalam di dalam aplikasi berkenaan.

Memberikan galakkan kepada pelajar untuk menuntut ilmu grafik bagi memupuk kemahiran di masa akan datang.

Menggalakkan pelajar mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Menyediakan ruang belajar yang selesa dan lengkap.

Memberi kelebihan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang. 

Gambar Disini

Tarikh : 08 Ogos 2024

 Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Golongan : Belia

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang asas dan cara menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint versi terkini.

Meningkatkan keupayaan dan pengetahuan pelajar untuk lebih mahir dan cemerlang dalam menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint bagi menampilkan idea dan maklumat dengan lebih berkesan.

Mendorong pelajar untuk memanfaatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Ekonomi Digital Kg. Gajah.

- AKTIVITI -

Pelajar dapat fahami pelbagai kaedah dan cara dalam menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint.

Menyalakan semangat pelajar untuk terus bermotivasi dan bersungguh-sungguh dalam menguasai pelbagai latihan komputer di masa hadapan.

Gambar Disini