Tarikh : 06 Julai 2024 Masa : 3.00 PM - 5.00 PM Golongan : Pelajar Sekolah Menengah Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
Memberikan penjelasan tentang matlamat dan manfaat program Nilam, serta bagaimana pelajar boleh menyertai dan memanfaatkan program tersebut.
Mengajar pelajar cara untuk merekodkan buku yang telah dibaca dan mengira mata atau kredit yang diperoleh.
Membantu pelajar memilih buku yang sesuai dan menarik minat mereka, serta memberi galakan untuk membaca secara konsisten.
- AKTIVITI -
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat membaca secara sosial dengan cara yang menyeronokkan, sambil memudahkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan mereka tentang buku yang dibaca. Ini juga membantu dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan berfikir kritis.
Menggunakan NADI untuk membantu pelajar memahami bagaimana menggunakan teknologi secara etika dan bertanggungjawab..