kompleks sejarah pasir salak

 

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 dan dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Ianya merupakan cetusan idea YB.Orang Kaya-Kaya Seri Agar Di Raja Tan Sri Dato Sri Dr.Ramli Bin Ngah Talib. Berkonsepkan bentuk rakaman sejarah untuk memperingatkan kita terutamanya generasi muda akan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta mengingati jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara di samping itu sebagai pusat yang menyediakan sumber-sumber mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Berdasarkan sejarah, Perang Perak bermula dan terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British. Residen British yang pertama ialah JWW Birch yang tidak memahami budaya Melayu maka terjadilah tragedi berdarah pembunuhan JWW Birch di tebing sungai Perak.  Tragedi tersebut dirakam dan diabadikan di kompleks ini.

Berikut adalah tempat-tempat yang boleh dilawati di kompleks ini.

- Rumah Dato' Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Muzium Malaysia)
- Tugu Peringatan Pahlawan Perak
- Kubur Si Putum
- Kubu Dato’ Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Warisan)

- Tugu Lela Rentaka I dan II
- Pentas Belotah
- Tapak Birch Dibunuh
- Sampan Perak
- Rumah Kutai I
- Masjid Pasir Salak (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
- Perahu Naga
- Rumah Kutai II

- Terowong Sejarah (pameran berbentuk drama bertemakan perjuangan patriotisme dan nasionalisme serta Galeri Keris)
- Tugu Peringatan Birch
- Galeri Sejarah (Galeri Menteri-Menteri Besar Perak) 

 

Sumber Gambar : mdfaiez84.com

 

WAKTU LAWATAN

Setiap hari : 9.30 pagi - 5.00 petang.

Jumaat : 9.30 pagi - 12.15 tghari dan 2.45 petang - 5.00 petang.

 

BAYARAN

RM 4.00 (Dewasa) , RM 2.00 (Kanak-kanak)