Tarikh : 28 Oktober 2024

 Masa : 3.00 Petang - 8.00 Malam

Golongan : Pelajar Sekolah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Bengkel ini mengajar peserta bagaimana untuk menguruskan sebuah pasukan e-sukan, termasuk aspek rekrutmen pemain, latihan, serta menjaga moral dan disiplin pasukan.

Membimbing peserta cara mengatur jadual latihan, menyiapkan pasukan untuk pertandingan, serta aspek pengurusan kewangan pasukan.

Sesi tentang bagaimana pemain atau streamer e-sukan boleh membina jenama peribadi yang kuat, menarik penonton dan pengikut, serta cara memanfaatkan platform media sosial untuk promosi.

- AKTIVITI -

Setiap peserta atau pasukan bermain beberapa perlawanan di mana mereka dinilai berdasarkan prestasi keseluruhan. Ini adalah untuk melihat siapa yang mempunyai kemahiran permainan yang paling mantap.

Mereka diberi cabaran untuk menyelesaikan situasi permainan tertentu seperti "comeback" atau melarikan diri daripada situasi "gank". Ini menguji kecekapan mereka dalam situasi sukar.

Setiap pasukan diberi peluang untuk memilih seorang kapten, dan kapten itu akan diuji dari segi kepimpinan, membuat keputusan cepat, dan menjaga moral pasukan semasa perlawanan.

Gambar Disini