Sejarah Awal Litar Pulau Dato' Sagor

 

          Litar Pulau Dato' Sagor terletak di Kampung Telok, Kampung Gajah. Terletak bersebelahan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak yang dipisahkan oleh Sungai Perak. Litar ini sebenarnya adalah sebuah pulau di tengah-tengah Sungai Perak. Litar ini berkedudukan 1.5 km dari pekan Kampung Gajah, 30 km dari bandar Teluk Intan dan 75 km daripada bandaraya Ipoh. Litar ini berada dalam kawasan DUN Kampung Gajah dan Parlimen Pasir Salak.

           Sejarah awal pulau ini bermula apabila dikatakan pulau ini telah timbul sendiri akibat fenomena semulajadi alam akibat daripada aliran air sungai yang membawa pasir-pasir sehingga terbentuknya sebuah pulau kecil. Penduduk kampung di Kampung Telok telah menggunakan pulau ini untuk menanam jagung. Pada waktu itu, pulau ini dikenali sebagai Pulau Belalang sehinggalah pada tahun 1999 apabila YAB Tan Sri Datuk Seri DiRaja Ramli Ngah Talib (mantan Menteri Besar Perak) telah mendapat ilham membangunkan pulau ini dengan menambak dan membesarkan pulau berkenaan sehinggalah pada keluasan sekarang iaitu seluas 13 hektar dan seterusnya menukarkan nama  pulau ini kepada Pulau Litar Dato' Sagor untuk memajukan sukan permotoran khususnya di negeri Perak, amnya di Malaysia di samping menangani gejala-gejala negatif seperti lumba haram.

200px Ramli Ngah TalibYAB Tan Sri Datuk Seri DiRaja Ramli Ngah Talib

 

Infrastruktur Litar

  •          Panjang litar ini adalah 1.32 km dengan lebar jalan seluas 10 meter. Jarak dan luas litar ini adalah sesuai untuk perlumbaan pusingan litar.
  • Litar ini mempunyai laluan lurus sepanjang 606 meter dengan lebar jalan 14 meter bersesuaian untuk perlumbaan sprint test/drag.
  • Mempunyai tandas dan bilik mandi.
  • Grand Stand yang mampu menampung seramai 250 ~ 300 orang penonton.

download

 

IMG 0318

 

Sumber Gambar : adamjebat.blogger.com

 

Bagaimana Mendaki Ke Bukit Tunggal? Bukit tunggal terletak di Tanjung Tualang , Kampung Gajah Ipoh Perak.Untuk Mendaki kesini anda boleh mula masuk menggunakan kenderaan biasa sehingga ke kaki Bukit (jalan Tar).Dari jalan besar anda boleh cari Pusat Timbang Risda seperti gps dibawah. https://goo.gl/maps/EsemNsHPSDT2( Klik di sini untuk jalan masuk) Setelah sampai ke Pusat Timbang Risda, anda akan melihat kedai makan berhampiran pusat timbang tersebut.Di tepi kedai makan tersebut, terdapat laluan Jalan Tar. Terus Bawa kereta anda melalui jalan tersebut sehingga ke Kebun sawit, kawasan lapang tanah merah( https://goo.gl/maps/cZu8j7KtTxp ) disini anda boleh parking kereta, Insyallah selamat. Dari sini anda boleh mulakan pendakian, untuk guna track yang tok gunakan, anda boleh download link dibawah. DOWNLOAD TRACK LALUAN KE BUKIT TUNGGAL https://drive.google.com/open?id=18Me...Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah.Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu.Ketinggian Bukit Tunggal 200 meter dan Perjalanan hampir 1 jam.

78563372 2538084496427400 6924636683119886336 n

 

 

 

kompleks sejarah pasir salak

 

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 dan dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Ianya merupakan cetusan idea YB.Orang Kaya-Kaya Seri Agar Di Raja Tan Sri Dato Sri Dr.Ramli Bin Ngah Talib. Berkonsepkan bentuk rakaman sejarah untuk memperingatkan kita terutamanya generasi muda akan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta mengingati jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara di samping itu sebagai pusat yang menyediakan sumber-sumber mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Berdasarkan sejarah, Perang Perak bermula dan terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British. Residen British yang pertama ialah JWW Birch yang tidak memahami budaya Melayu maka terjadilah tragedi berdarah pembunuhan JWW Birch di tebing sungai Perak.  Tragedi tersebut dirakam dan diabadikan di kompleks ini.

Berikut adalah tempat-tempat yang boleh dilawati di kompleks ini.

- Rumah Dato' Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Muzium Malaysia)
- Tugu Peringatan Pahlawan Perak
- Kubur Si Putum
- Kubu Dato’ Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Warisan)

- Tugu Lela Rentaka I dan II
- Pentas Belotah
- Tapak Birch Dibunuh
- Sampan Perak
- Rumah Kutai I
- Masjid Pasir Salak (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
- Perahu Naga
- Rumah Kutai II

- Terowong Sejarah (pameran berbentuk drama bertemakan perjuangan patriotisme dan nasionalisme serta Galeri Keris)
- Tugu Peringatan Birch
- Galeri Sejarah (Galeri Menteri-Menteri Besar Perak) 

 

Sumber Gambar : mdfaiez84.com

 

WAKTU LAWATAN

Setiap hari : 9.30 pagi - 5.00 petang.

Jumaat : 9.30 pagi - 12.15 tghari dan 2.45 petang - 5.00 petang.

 

BAYARAN

RM 4.00 (Dewasa) , RM 2.00 (Kanak-kanak)