Di kampong Gajah ini aktiviti dari kaum wanita sangat aktif dimana ada persatuan dari KEMAS & PERSATUAN WANITA UMNO sering mengadakan pelbagai aktiviti dan perjumpaan untuk mengeratkan hubungan silaturahim untuk kaun wanita disini serta memberi peluang kepada kaum wanita disini turut serta dalam segala aktiviti yang dijalankan.

     Sekitar penduduk setempat disini tidak melepaskan peluang dengan pelbagai aktiviti yang di lakukan. Antaranya kelas masakan seperti membuat bubur anak lebah antara manisan yang senonim oleh masyarakat di sini. Ianya di buat oleh pengajar yang terdiri dari kaum ibu yang di kategorikan warga emas memandangkan manisan ini menjadi tradisi bagi meraka di sini. Dari temuramah dengan salah seorang kaum ibu di sini beliau menceritakan cara-cara pembuatan manisan perlulah dengan penuh ketelitian jika ingin hasil yang sedap dan menarik untuk di nikmati.

 

      Selain dari itu aktiviti seperti masakan serta jahitan dibawah bimbingan KEMAS yang dilakukan setiap bulan di adakan sejak tahun 1990-an sehingga sekarang dan penglibatan dari kaum wanita disini mendapat sembutan menggalakan.Pelbagai idea dan cadangan dari semasa ke semasakn dan sentiasa ada peningkatan dalam penglibatan dari sekitar kampung dari kaum wanita disini