Tips keselamatan makan di kedai makan.

1. Lihat pengendali makanan, adakah mereka memegang makanan tanpa guna sudu atau penyepit, padahal sebelum itu sedang memegang rokok? Elakkan ke kedai demikian!

2. Jika ada pinggan atau gelas yang retak, minta utk tukarkan pinggan atau bekas yg lain, ini kerana kesan retak itu adalah SARANG SEGALA JENIS BAKTERIA!

3. Jika anda rasa kelainan pada makanan yg dihidangkan, beritahu pemilik kedai. Bukan untuk menghukum, tapi memberi amaran bahawa anda dan kita semua adalah berhak mendapatkan makanan yang terbaik, atas wang yg digunakan untuk membeli makanan tersebut, hatta seringgit.

*Kepada Pemilik premis dan pengendali makanan, ANDA WAJIB untuk memiliki Sijil Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

KolejKomuniti PasirSalak bakal membuka Sekolah Pengendali Makanan menjelang Februari 2017.

Hubungi kami, untuk info lanjut