Nama : Noriha Binti Muhammad Umur : 48 Tahun Ahli : 23/12/2018 @ 2018 |
Latar belakang
Pn Noriha merupakan seorang usahawan dalam bidang masakan. Tempoh perniagaan beliau kini sudah mencapai setahun dan mengusahakan bersama keluarga beliau sendiri. Beliau mendapat ilham untuk memulakan perniagaan ini kerana bakat dan kemahiran beliau miliki iaitu memasak. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal yang dikumpul sendiri sejak bekerja dahulu. Beliau memiliki minat dalam masakan ini sejak mendapat sokongan dan dorongan dari ahli keluarga bagi meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan. Beliau jugabanyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak bagi membina keyakinan dan kemahiran beliau dalam merealisasikan impian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan dengan PIK, perniagaan beliau bergerak secara sederhana dan dibantu oleh ahli keluarganya sendiri. Pendapatan beliau juga pada ketika itu mampu menjana sehingga RM 2000 sebulan. Dari sudut pemasaran beliau dibantu ahli keluarga menerusi hebahan menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penglibatan dengan PIK, beliau sudah mula menggunakan pelbagai kaedah lain dalam pemasaran terutama penggunaan Facebook Page. Beliau juga memanfaatkan sepenuhnya media sosial seperti penggunaan Aplikasi Whatsapp dan lain-lain platform bagi meningkatkan lagi iklan perniagaan beliau. Beliau menggunakan kemahiran dalam membuat “copywriting” iklan bagi menyampaikan perniagaan beliau secara lebih meluas lagi. Beliau juga turut menggunakan khidmat penghantaran makanan bagi memudahkan urusan pelanggan yang tinggal jauh. Beliau juga dapat mempelajari cara untuk menguruskan kewangan menerusi perisian Microsoft Office Excel, disamping cekap dalam urusan menaip setelah mendapat latihan di Pusat Internet. Pendapatan beliau juga kini sudah mampu melebihi RM4000 sebula.
Contoh Produk yang dihasilkan oleh Pn Noriha
Ruang kerja yang digunakan oleh Pn Noriha
Penggunaan Facebook yang ditunjukkan oleh Pn Noriha dalam pemasaran.
____________________________________________________________________________________________________________________________________