Nama : Nur Farah Wahidah Bt Halim Umur : 15 Tahun Ahli : 18/6/2015 @ 2015
|
Latar belakang
Nur Farah adalah merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kampung Gajah. Nur Farah ini adalah merupakan salah seorang pelajar yang begitu semangat dalam ICT terutama apabila perlu meyiapkan kerja sekolah. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana dan sering berkunjung ke pusat internet untuk menimbal ilmu dan menyiapkan kerja sekolah. Dorongan serta sokongan daripada ibu bapa membuatkan beliau berminat menyertai pelbagai aktiviti dan kelas yang dianjurkan Pusat Internet. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan berhasrat untuk memanfaatkan segala ilmu ICT bagi kelangsungan hidup untuk mencapai kejayaan dan menjadi teladan kepada adik beradiknya yang lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau kurang keyakinan untuk menggunakan komputer. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan perisian komputer sekaligus menyukarkan beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya. Beliau juga sering meminta bantuan daripada rakan-rakan untuk mengajarnya menggunakan komputer atau menyiapkan tugasan sekolah. Dengan kurangnya ilmu menggunakan komputer ini beliau juga tidak terdedah dengan isu-isu terkini yang mungkin dapat membantu beliau meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ICT, bakat beliau dapat dilihat menerusi minat beliau terhadap perisia Microsoft Office Word yang mana beliau amat meminat dalam urusan menaip seperti menaip surat, artikel dan sebagainya. Beliau juga kini sudah berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop serta Microsoft Office Publisher. Beliau juga sudah dapat menimba pelbagai ilmu komputer dengan pendedahan cara mencipta akaun google bagi memudahkan beliau mengaskses laman youtube dalam mencari bahan-bahan pembelajaran. Beliau juga pandai menggunakan laman website bagi mengakses portal sekolah untuk melihat keputusan peperiksaan. Beliau juga kini pandai mengkaji sendiri perisian Microsoft Office Word jika perlu menyiapkan kerja sekolah.
Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Nur Farah
Beberapa contoh latihan dan bentuk bantuan kepada Nur Farah
_______________________________________________________________________________________________________________________________