Nama : Muhammad Thabrani Bin Abdul Sani Umur : 16 Tahun Ahli : 19/1/2017 @ 2017 |
Latar belakang
Thabrani adalah merupakan pelajar di Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela Kampung Gajah. Thabrani ini adalah merupakan salah seorang pelajar yang sedikit pendiam dan kurang menyerlah daripada rakan sebayanya yang lain terutama dalam aspek pendidikan. Di sekolah juga beliau amat menggemari sukan dan menyertai pelbagai sukan dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau berasal daripada golongan keluarga yang sederhana dan memaksa beliau untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di Pusat Internet bagi menyiapkan segala tugasan sekolah yang perlu dibuat. Tambahan pula beliau tidak mampu untuk memiliki sendiri komputer riba dan akan membuat pinjaman Netbook di Pusat Internet apabila diperlukan. Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa serta ahli keluarganya membuatkan beliau bergiat aktif dengan segala aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Internet seawal beliau menjadi ahli.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau tidak terdedah dengan kemahiran menggunakan komputer dengan betul terutama dalam menguasai penggunaan perisian seperti Microsoft Office. Beliau sering dilihat agak kekok ketika membuat kerja sekolah apabila ingin mencari sumber bahan di komputer. Selain daripada itu, beliau juga tidak pandai untuk menguasai cara menggunakan komputer dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendapat Dorongan dan sokongan serta nasihat daripada ibu bapa serta ahli keluarganya, beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet bagi mendapatkan bantuan dari segi kerja kursus jika melibatkan komputer. Petugas juga memantau dan membantu beliau dengan setiap persoalan yang beliau utarakan bagi menyiapkan kerja kursus yang perlu siapkan. Sejak daripada itu segala aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau akan memaparkan semangat dan aktif dengan pertandingan menggunakan komputer seperti Dashboard Komuniti dan lain-lain. Beliau juga turut melibatkan diri secara langsung sebagai Skuad PI Kg Gajah apabila petugas memerlukan khidmat beliau. Beliau juga aktif meminjam Netbook PI Kg Gajah. Beliau sering terlibat dengan kelas-kelas yang meningkatkan lagi kemahiran dalam menguasai perisian suntingan gambar seperti Adobe Photoshop, dan FILMORA untuk suntingan video.
Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Thabrani
Beberapa contoh latihan dan bentuk bantuan kepada Thabrani
______________________________________________________________________________________________________________________________