Nama : Nurul Murni Aishah Bt Jaafar Umur : 22 Tahun Ahli : 14/2/2016 @ 2016 |
Latar belakang
Murni adalah merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil Seberang Perak Kg Gajah. Berasal dari Kg Tersusun Kampung Gajah dan sangat meminati komputer ketika dari sekolah lagi. Disamping itu beliau juga sering berkunjung di Pusat Internet bersama kawan-kawan beliau jika ada kelapangan untuk mencari peluang pekerjaan di samping menambah ilmu pengetahuan. Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa serta ahli keluarganya menjadikan beliau seorang yang kini berkebolehan dalam menggunakan komputer. Beliau sangat aktif menggunakan komputer untuk mencari peluang-peluang pekerjaan disamping membuat sebarang jenis permohonan seperti bantuan keusahawan dan sebagainya. Beliau juga merupakan peniaga kecilan dalam menjual tudung dan pakaian muslimah. Kini beliau memiliki kedai sendiri yang dibuka di pekan Kampung Gajah berhadapan dengan klinik pergigian Kampung Gajah. Beliau dahulu pernah bergiat aktif dengan Pusat Internet Kg Gajah bersama rakan beliau lain dan melibatkan diri menjadi Skuad PI Kg Gajah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau dahulu tidak pernah mengetahui akan kewujudan Pusat Internet Kg Gajah ini yang mana kemudahannya banyak diperlukan oleh beliau sendiri terutama ketika masih di bangku sekolah. Beliau juga secara tidak langsung kurang dalam pendedahan menggunakan komputer terutama bagi aspek perisian Adobe Photoshop dan Microsoft Office yang mana sangat diperlukan untuk membantu beliau dalam membuat kerja kursus sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendapat Dorongan dan sokongan serta nasihat daripada ibu bapa serta ahli keluarganya, beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet bagi mencari peluang pekerjaan di Internet dan mengisi segala kekosongan peluang kerja serta kursus perniagaan yang
beliau minati. Beliau juga sangat aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Kg Gajah dan secara langsungnya melibatkan diri sebagai Skuad PI Kg Gajah apabila diperlukan. Beliau juga aktif meminjam Netbook PI Kg Gajah pada ketika di bangku sekolah kerana tidak memiliki Laptop peribadi sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah. Beliau sering terlibat dengan kelas-kelas yang meningkatkan lagi kemahiran dalam menguasai perisian suntingan gambar seperti Adobe Photoshop, dan FILMORA untuk suntingan video. Dengan usaha yang beliau tunjukkan kini beliau sudah mampu membuat pemasaran sendiri terhadap produk beliau. Beliau juga kini sudah berjaya memperolehi pekerjaan tetap di International Islamic University Malaysia berkat daripada kesabaran dan kesungguhan beliau membuat resume dan memohon pekerjaan secara atas talian.
Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Murni
Beberapa contoh latihan dan bentuk bantuan kepada Murni
____________________________________________________________________________________________________________