Nama : Netra Boti Binti Nurli Umur : 40 Tahun Ahli : 25/2/2019 @ 2019 |
Latar belakang
Pn Netra adalah merupakan seorang usahawan dalam mengusahakan perniagaan tanaman pokok sejak 15 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan ini bersama suami secara kecil kecilan pada awalnya sehinggalah perniagaan beliau mula dikenali ramai. Premis perniagaan beliau dibuka seawal 9.00 Pagi hingga 6.00 petang pada setiap hari kecuali hari Ahad. Produk yang beliau niagakan adalah seperti Pasu Bunga, Pokok Bunga Jasmin, Orkid dan pelbagai jenis bunga serta peralatan tanaman dan semaian. Beliau meminati perniagaan seperti ini sejak tinggal bersama suami di kampung dan merasakan ia amat memberikan potensi besar terhadap pasaran. Tempat tumpuan beliau berniaga sekarang adalah di hadapan rumah beliau sendiri yang dijadikan sebagai premis niaga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau bersama dengan PI Kg Gajah, Beliau kurang agresif dalam perniagaan menerusi atas talian. Perniagaan beliau lakukan adalah setempat iaitu di premis perniagaan beliau sendiri sahaja. Dari segi pemasaran pula beliau bergantung kepada hebahan penduduk berhampiran yang memerlukan bekalan dari pokok-pokok dan peralatan beliau. Beliau pernah juga menggunakan kaedah pemasaran dnegan menggunakan banner dan flyer yang mana menelan belanja yang tinggi dan masih kurang mendapat sambutan yang menggalakkan.Pendapatan beliau yang pernah beliau perolehi pada ketika itu adalah sekitar RM2500 ke RM3000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau bersama dengan PI Kg Gajah, Beliau kini mengikuti trending semasa yang mana konsep pemasaran boleh dilakukan menerusi atas talian sepert Whatsapp Business, Facebook page dan sebagainya. Potensi yang tinggi dalam kaedah pemasaran atas talian ini membuatkan beliau lebih agresif untuk memperkenalkan produk beliau pada sasaran pelanggan luar. Pusat Internet juga sudah memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti yang mana ia juga turut dapat membantu beliau dalam memasarkan produk yang sedia ada. Selain daripada itu penggunaan Instagram dan Telegram juga diperkenalkan kepada beliau bagi mengikuti pekembangan semasa. Pendapatan beliau juga kini meningkat sehingga RM5000 sebulan.
Pemasaran menerusi media sosial facebook.
Produk perniagaan Puan Netrah Tanaman Pokok (Nursery).
.
Produk beliau yang siap untuk proses pengeposan
__________________________________________________________________________________________________