Nama : Nurul Zahirah Binti Zainal Abidin Umur : 26 Tahun Ahli : 15/6/2019 @ 2019 |
Latar belakang
Cik Zahirah adalah merupakan seorang usahawan dalam mengusahakan perniagaan makanan sejak 2 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil kecilan pada awalnya sehinggalah perniagaan beliau mula dikenali ramai. “Food Truck” beliau dibuka seawal 12.30 Tengahari hingga 6.00 petang pada setiap hari kecuali hari Ahad. Produk yang beliau niagakan adalah seperti buah potong, air jagung klebang original, kuih-muih, coklat, pau dan pelbagai jenis air yang lain. Beliau meminati perniagaan seperti ini sejak merasakan potensi besar kerana kurangnya peniaga-peniaga sekeliling yang menjual seperti produk beliau usahakan. Beliau biasa berniaga bersama ayah dan ibu dan kadang-kadang dibantu oleh adik beradik yang lain. Tempat tumpuan beliau berniaga sekarang adalah di hadapan pejabat Felcra yang mana rata-rata pelanggan beliau adalah dari kalangan Pekerja dan pelajar Kolej Felcra yang berdekatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sebelum ini tidak pernah mengetahui kewujudan PI Kg Gajah. Pada awalnya beliau berniaga hanya setempat sahaja walaupon menggunakan kenderaan Food Truck. Beliau tidak mengembangkan dan mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada masyarakat tambahan tidak menyedari akan adanya platform lain yang membolehkan perniagaan beliau lebih dikenali masyarakat. Semenjak mula menceburkan diri dengan perniagaan ini beliau tidak terdedah dengan konsep marketing seperti menggunakan banner, flyer mahupun media sosial beliau sendiri. Pendapatan beliau pada ketika itu dianggarkan mampu mencecah kepada RM800 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet Malaysia Kg Gajah, beliau diberikan peluang berniaga di perkarangan Pusat Internet pada setiap kali program yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti dan lain-lain program. Dalam kaedah pemasaran yang lain beliau turut menggunakan aplikasi Whatsapp dan telegram kerana kecenderungan beliau dalam berkongsi maklumat menerusi group daripada dua aplikasi terbabit. Pendapatan beliau kini telah meningkat kepada RM1100 hingga RM2500 sebulan.
A
___________________________________________________________________________________________________