Tarikh : 3 Oktober 2023 Masa : 9.30 AM - 11.30 AM Golongan : OKU Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
PERMAINAN PUZZLE atau permainan susun suai gambar merupakan sebuah permainan yang sangat bermanfaat dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak. Selain dapat mengisi masa lapang dengan permainan yang berfaedah, permainan susun suai gambar ini juga dapat membantu melatih fungsi otak pelajar. Selain itu PEDi dapat menawarkan perkhidmatan fasiliti komputer dan internet kepada komuniti. Ia dapat membimbing pelajar tentang asas dan cara menggunakan secara atas talian.
- AKTIVITI -
Kerja mencantumkan puzzle sehingga membentuk sebuah gambar yang diarahkan. Menyediakan ruangan yang selesa untuk pelajar.
Tarikh : 23 September 2023 Masa : 3.30 PM - 5.30 PM Golongan : Pelajar Sekolah Rendah Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
Objektif kursus ini adalah untuk menggalakkan pelajar mempelajari cara menghubungkan semua objek yang berlainan dengan menambahkan sensor akan meningkatkan kepintaran peralatan dan perkakasan tersebut yang tidak mempunyai kecerdasan. Ini membolehkan setiap peralatan dan perkakasan boleh berkomunikasi dalam waktu sebenar dengan data tanpa melibatkan manusia. Pelajar dapat memantau, merasakan dan berinteraksi sesama mereka dengan atau tanpa kawalan manusia dengan membuat pemasangan Robot Mewarna sehingga berfungsi dengan baik.
- AKTIVITI -
Kerja mencantumkan barang sehingga membentuk robot. Menyediakan ruangan yang selesa untuk pelajar.
Tarikh : 17 September 2023 Masa : 3.30 PM - 5.30 PM Golongan : OKU Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
Objektif kursus ini adalah mengajar pelajar menggunakan aplikasi Shopee bagi tujuan membuat pembelian secara atas talian serta menerangkan fungsi di dalam aplikasi berkenaan.
- AKTIVITI -
Pelajar diberikan pendedahan menggunakan aplikasi Shopee dengan mengenal pasti jenis barang yang dibeli secara atas talian.
Tarikh : 17 September 2023 Masa : 3.30 PM - 5.30 PM Golongan : OKU Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
Objektif kursus ini adalah membantu pelajar menyelesaikan masalah menggunakan traksaksi wang keluar masuk menerusi atas talian bagi pengguna BSN. Menggalakkan pelajar mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas PEDi Kg Gajah.
- AKTIVITI -
Pelajar diberikan pendedahan menggunakan aplikasi BSN. Menyediakan ruangan pembelajaran yang selesa.
Tarikh : 8 September 2023 Masa : 3.30 PM - 5.30 PM Golongan : OKU Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
Objektif kursus ini adalah melatih peserta teknik menaip dengan pantas tanpa mencari dan melihat papan kekunci. Ia memberi fokus kepada kedudukan jari yang betul di atas papan kekunci. Dengan mempraktikkan kaedah ini tugasan yang diberikan menggunakan perisian Microsoft Word 2013 dapat dipermudahkan dan dipartikkan dengan pantas, tepat dan betul.
- AKTIVITI -
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Pengenalan asas menaip
- Menaip kekunci F dan J
- Menaip SPACE
- Menaip kekunci K dan D
- Menaip kekunci L dan S
- Menaip kekunci A dan Koma Bertindih (;)
- Menaip kekunci G dan H