Tarikh : 14 Februari 2024 Masa : 2.30 PM - 4.30 PM Golongan : OKU Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah |
- OBJEKTIF -
Menawarkan pembelajaran kepada pelajar dalam konsep seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital.
Memberikan galakkan kepada pelajar untuk menuntut ilmu grafik bagi memupuk kemahiran di masa akan datang.
Mengalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.
Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.
- AKTIVITI -
Petugas memeberikan penerangan tentang typogrid kepada pelajar.
Pelajar perlu membuat tulisan khat dengan kreativiti sendiri menggunakan typogrid.
Pelajar dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di NADI.