Tarikh : 21 APRIL 2022 Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg.Gajah Perak |
Objektif
Membimbing pengguna untuk membuat serahan semula produk yang telah tersalah beli atau produk yang bukan diperlukan kepada penjual dari atas talian menggunakan Aplikasi Shopee
Menggalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Internet Kg Gajah.
Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di Pusat internet.
Aktiviti
Pengguna dibimbing menggunakan Aplikasi Shopee untuk memulangkan semula produk yang dibeli samada produk rosak atau produk yang bukan dimahukan.
Memberi kelebihan kepada usahawan untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer dimasa akan datang.